suria

Kes Covid-19 menurun kepada 18,815 kes

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini direkodkan sebanyak 2,049,750 kes.

KES Covid-19 mencatatkan penurunan kes positif baharu setakat 12 tengah hari pada Khamis dengan jumlah kes sebanyak 18,815 kes berbanding 19,495 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di laman sosial Facebook berkongsi, keseluruhan kes positif dalam negara setakat ini sebanyak 2,049,750 kes.

Sarawak masih kekal mencatatkan rekod tertinggi pecahan kes positif dengan 3,660 kes disusuli Selangor (2,718 kes).

Di kedudukan ketiga, Johor mencatatkan jumlah kes sebanyak 2,206 diikuti, Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777) dan Perak dengan 1,446 kes.

Kelantan juga mencatatkan rekod empat angka dengan jumlah kes sebanyak 1,222 kes.

Terengganu mencatatkan jumlah kes di bawah paras 1,000 dengan 814 kes positif diikuti Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269) dan Negeri Sembilan (170).

Perlis pula mencatat rekod di bawah 100 kes dengan jumlah semasa 80 kes manakala Putrajaya (22 kes) dan Labuan(11 kes) masing mencatatkan rekod terendah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI

covid-19, kkm, noor hisham,

Artikel Lain