suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes baharu Covid-19 turun lagi kepada 17,577 kes

KES harian Covid-19 menunjukkan penurunan sedikit pada Jumaat berbanding Khamis. — Agensi

SEBANYAK 17,577 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menurun sedikit berbanding 18,815 kes yang dicatatkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,067,327 kes setakat ini.

Sarawak kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,480 kes diikuti Selangor (2,646), Johor (2,334) dan Perak (1,596).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kapasiti penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) mencapai 70 peratus manakala bagi ICU adalah 76 peratus.

Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 22,970 orang manakala 1,223 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 720 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
Covid-19, kes harian

Artikel Lain