DIKEMASKINI
PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 24,599 kes baharu, pada Khamis.
Ia menjadikan keseluruhan 1,640,843 kes setakat ini.
Kes baharu Covid-19 merupakan kes harian tertinggi dilaporkan sejak pandemik melanda negara, tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 265,841 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan
ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 22,642 kes baharu Covid-19
Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,936 kes, diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078) dan Sarawak (2,024).
"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 393 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,211 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.
Beliau berkata, sebanyak 22,657 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,359,791 kes.
"Sehingga kini, terdapat 990 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 487 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI


