suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet: PM selesai menghadap Agong

Ismail Sabri melambai kepada pengamal media.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, kira-kira pukul 1.38 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau tiba di Istana Abdulaziz pada pukul 10.54 pagi Khamis, dan pertemuan itu berlangsung hampir tiga jam untuk mempersembahkan cadangan senarai barisan Kabinet.

Ismail Sabri melambai kepada pengamal media yang menunggu di luar istana, namun tidak memberikan sebarang komen.

Perdana Menteri yang baharu itu sepatutnya mempersembahkan senarai itu bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu, tetapi difahamkan ia ditangguhkan berikutan baginda berada di Kuantan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain