suria

Agong berkenan terima senarai Kabinet baharu

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu.

SENARAI barisan Kabinet yang baharu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Khamis.

Menerusi posting facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz.

ARTIKEL BERKAITAN: Kabinet: PM selesai menghadap Agong

"Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu," menurut kenyataan itu.

Sesi menghadap pada Khamis merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Sesi menghadap yang pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai perdana menteri di Istana Negara, pada 21 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain