suria

Kembali naik... Malaysia catat 17,105 kes baharu Covid-19, 195 lagi kematian

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi. foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 17,105 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 1,163,291 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 203,664 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian harian tertinggi 219 kes! 15,764 jangkitan baharu Covid-19

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,836 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Sabah (1,010) dan Kedah (1,036).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 195 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,598 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 12,297 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 950,029 kes.

"Sehingga kini, terdapat 1,066 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 537 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain