suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shamsul Anuar letak jawatan menteri

Shamsul Anuar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

AHLI Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberikannya peluang berkhidmat sebagai menteri kabinet.

"Pastinya pimpinan Umno yang mencadangkan saya sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan.

"Mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti. Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli," katanya.

Shamsul Anuar berkata, tumpuannya selepas ini memberi tumpuan kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong.

"Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai Ahli Parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain