suria

Malaysia catat kematian harian tertinggi 135 kes! 8,868 jangkitan baharu Covid-19

Jumlah kes kematian harian tertinggi dicatatkan pada Khamis sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 8,868 kes baharu, pada Khamis.

Ia menjadikan keseluruhan 808,658 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77,275 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 7,097 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,152 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360) dan Johor (336).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 135 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,903 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Ia merupakan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Beliau berkata, sebanyak 5,802 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 725,480 kes.

"Sehingga kini, terdapat 952 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 445 kes memerlukan bantuan pernafasan, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berikut

Artikel Lain