suria

Ismail Sabri, Hishammuddin bertemu PM

Ismail Sabri dan Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman beliau, kata sumber.

Menurut sumber, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa turut sama menyertai Ismail Sabri dan Hishammuddin.

"Mereka tiba pada kira-kira pukul 11.30 pagi (Khamis) selepas kumpulan pertama menteri-menteri beredar dari kediaman beliau di Bukit Damansara.

"Perdana Menteri bertemu dengan menteri-menteri dan ahli-ahli Parlimen secara berperingkat bagi memastikan perjumpaan tidak melibatkan jumlah yang ramai, pada satu-satu masa.

"Kumpulan pertama terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kumpulan kedua ialah Ismail Sabri, Hishammuddin dan Annuar.

"Kumpulan seterusnya adalah menteri-menteri dan ahli-ahli Parlimen dari Bersatu dan PAS," kata sumber itu.

Ia susulan Umno menarik balik sokongan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkuat kuasa serta-merta, awal pagi Khamis.

Beberapa menteri Kabinet dan pegawai kerajaan dikesan di kediaman Perdana Menteri sejak awal pagi.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, parti itu secara rasmi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kerana kegagalan kerajaan dmemenuhi aspirasi rakyat yang digariskan oleh majlis tertinggi parti itu, tahun lalu. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain