suria

Kenderaan bawa AG, menteri dilihat masuk ke kediaman PM sejak awal pagi

Beberapa kenderaan yang membawa menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi ini.

BEBERAPA kenderaan yang membawa menteri dan Peguam Negara (AG) dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada Khamis pagi.

Portal berita The Malaysian Gazette melaporkan bahawa kediaman Muhyiddin telah menjadi tumpuan sejak awal pagi, dengan kenderaan dilihat memasuki perkarangan kediaman itu pada pukul 9.40 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kerajaan gagal... Umno serta merta tamatkan sokongan terhadap Muhyiddin

Namun, portal berkenaaan tidak mendedahkan kehadiran menteri lain yang berada di sana.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada awal pagi Khamis berkata bahawa parti itu secara rasmi memutuskan untuk menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional dengan segera.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ahmad Zahid berkata penarikan sokongan itu berlaku kerana Perikatan Nasional gagal memenuhi tujuh syarat yang telah digariskan oleh Umno ketika kerajaan mengangkat sumpah pada 11 Mac tahun lalu.

Untuk rekod, Umno mempunyai 38 Ahli Parlimen di 222 anggota Dewan Rakyat. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain