suria

7, 097 lagi dijangkiti Covid-19, Selangor masih catat kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 7, 097 kes positif Covid-19 pada Rabu.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 7, 097 kes baharu pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 799, 790 kes setakat ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 3, 119 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1, 005) dan Negeri Sembilan (788).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 91 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 5, 768 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 91 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 5, 768 kes, " ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 4, 863 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 719, 678 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 948 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain