suria

Isu nikah jadi perhatian netizen, timbalan menteri mohon maaf

Ahli Parlimen Tumpat itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan hal berkenaan kepada peguam untuk tindakan seterusnya.

DATUK Che Abdullah Mat Nawi memohon maaf berhubung isu berkaitan perkahwinannya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Wakil Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata, ia melibatkan privasi dirinya dan keluarga, malah tidak patut diketahui orang awam.

Namun, Ahli Parlimen Tumpat (PAS) itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan hal berkenaan kepada peguam untuk tindakan seterusnya.

"Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.

"Isu seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Ia seolah-olah berniat mahu mengaibkan atau menjatuhkan maruah saya sekeluarga atau mungkin untuk mengganggu kerja-kerja saya, " katanya pada Selasa kepada Sinar Harian.

Che Abdullah berkata, dia berharap orang ramai menghormati urusan dia dan keluarganya.

"Saya harap semua orang memberi saya ruang untuk menyelesaikan masalah ini secara damai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"InsyaAllah masalah ini tidak akan mempengaruhi saya untuk meneruskan tugas sebagai timbalan menteri dan ahli Parlimen, " tambahnya.

Perbualan video antara ahli politik itu, imam dan dua lelaki lain yang dipercayai menjadi saksi tersebar di YouTube.

Video dan gambar majlis perkahwinan anggota Parlimen itu dengan seorang wanita berusia 20-an yang menjadi viral di media sosial dikritik kerana acara itu didakwa diadakan ketika negara itu berada dalam keadaan pandemik,

Gambar dekat sijil menunjukkan bahawa majlis itu dilakukan pada 1 Jun.

Untuk rekod, Pada 4 Julai, Majlis Islam Narathiwat di Thailand berkata mereka akan menyiasat majlis akad nikah yang didakwa melibatkan seorang timbalan menteri yang dilakukan secara dalam talian.

Naib presiden majlis itu, Abdul Aziz Che Mamat berkata, mereka tidak pernah meluluskan upacara akad nikah dalam talian. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain