suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Pasar Datuk Keramat ditutup 7 hari untuk sanitasi

Penutupan Pasar Datuk Keramat adalah untuk tujuan sanitasi selepas terdapat kes Covid-19 yang dikesan di premis itu. Gambar hiasan

PASAR Datuk Keramat di Kuala Lumpur ditutup selama tujuh hari mulai Khamis (8 Julai) hingga 14 Julai depan.

Penutupan berkenaan adalah untuk tujuan sanitasi, selepas terdapat kes jangkitan Covid-19, demikian notis yang dikeluarkan Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Facebooknya.

"Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu pada tarikh yang dinyatakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini, " katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, tular mesej di aplikasi WhatsApp yang mendakwa hampir 30 penjaja di Pasar Datuk Keramat disahkan positif Covid-19. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

DBKL, Pasar Datuk Keramat, sanitasi

Artikel Lain