suria

Wad psikitari lelaki HKL ‘dibekukan’ selepas 10 pesakit positif Covid-19

Dr Adham (gambar fail) memberi penjelasan mengenai isu pesakit di wad psikitari HKL dijangkiti Covid-19.

SEPULUH pesakit di wad psikitari lelaki di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan positif Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham berkata, keadaan itu menyebabkan wad psikitari lelaki 'dibekukan', di mana pesakit sedia ada kekal ditempatkan di wad berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, HKL tidak akan menutup mana-mana wadnya walaupun terdapat kes Covid-19 yang dikesan di situ.

"Biasanya kita hanya 'membekukan' mana-mana wad atau bahagian untuk mengekang penularan wabak," katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan Sin Chew Daily, pada Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Dr Adham berkata, HKL akan beroperasi seperti biasa.

Tambah beliau, pesakit baharu akan ditempatkan di wad lain yang tidak terjejas.

Menggunakan istilah 'membekukan wad', Dr Adham berkata, ia bermaksud untuk memantau pesakit yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit dijangkiti virus itu, dan keputusan akan diketahui selepas dua hari pembekuan wad tersebut. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain