suria

Lepasi angka 7,000! Malaysia catat 7,654 kes baharu Covid-19, 103 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 7,654 kes baharu, pada Selasa.

Ia menjadikan keseluruhan 792,693 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 72,201 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 6, 387, Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,260 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 550), Negeri Sembilan (698), Kedah (337) dan Johor (313).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 103 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,677 kes, " katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 4,797 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 714,815 kes.

"Sehingga kini, terdapat 943 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 450 kes memerlukan bantuan pernafasan, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain