suria

Covid-19: Jangkitan baharu 6, 387, Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 6, 387 kes baharu Covid-19 pada Isnin. Gambar hiasan

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6, 387 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 785, 039 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 69, 447 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 387 kes baharu yang dilaporkan, 6, 361 kes merupakan penularan tempatan dan 26 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 6, 045 kes baharu Covid-19, 63 lagi kematian

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 610 kes, diikuti Kuala Lumpur (819), Negeri Sembilan (523), Sarawak (424) dan Johor (324).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 77 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 574 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 4, 532 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 710, 018 kes.

"Sehingga kini, terdapat 923 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 433 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain