suria

Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai

Persidangan akan diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai, sebelum disambung pada 2 Ogos 2021.

KERAJAAN bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, persidangan itu akan diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai, sebelum disambung pada 2 Ogos 2021.

Persidangan Dewan Negara pula akan diadakan selama tiga hari mulai 3 Ogos hingga 5 Ogos 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepaada Ahli-ahli parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

"Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertaun Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen," kata kenyataan tersebut.

Menurutnya lagi, persidangan adakan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain