suria

Sejuta dos vaksin Pfizer sumbangan AS selamat dihantar ke Malaysia pagi ini

Pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 8.10 pagi tadi. Foto: BERNAMA.

MENJADI hasrat rakyat negara ini agar komuniti kelompok dapat disegerakan sekaligus Malaysia kembali pulih daripada wabak Covid-19 tak lama lagi.

Pada Isnin pagi, sejuta lagi dos vaksin Pfizer BioNTech tiba ke negara ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pesawat Raya Airways TH384 bawa sejuta dos vaksin Pfizer BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 8.10 pagi tadi.

Pada Ahad, Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi serta membawa perkembangan bermakna terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung.

Hishammuddin berkata, Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai AS$250, 000. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain