suria

PM masih dirawat di hospital, keadaan stabil

Muhyiddin masih dirawat di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman. foto THOMAS YONG/The Star

TERBAHARU, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan di hospital akibat jangkitan pada sistem penghadaman.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, didapati tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang.

"Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan," katanya pada Ahad.

Pada 30 Jun lalu, Muhyiddin dimasukkan ke hospital di ibu negara bagi menerima rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea.

Menurut kenyataan tersebut, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatannya. - Sinar Harian

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain