suria

5 negeri ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara Isnin ini

Ismail Sabri (gambar fail) membuat pengumuman mengenai Pelan Pemulihan Negara.

DIKEMASKINI

LIMA negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Isnin ini, iaitu

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelima-lima negeri berkenaan itu beralih ke fasa kedua kerana penurunan kes Covid-19, kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) yang lebih terkawal dan peningkatan peratusan populasi vaksinasi selari dengan ambang yang ditetapkan di bawah PPN.

Ismail Sabri dan Tengku Zafrul membuat pengumuman itu pada sidang media bersama di Pejabat Perdana Menteri, Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Pemulihan Negara... ketahui fakta 4 fasa diumum PM

"Walaupun terdapat peningkatan kes, kebanyakan negeri (berdasarkan data indikator) menunjukkan penurunan kes. Dari segi negeri, banyak yang memenuhi indikator dan ini (fasa peralihan) adalah perkembangan yang lebih baik," katanya.

Tengku Zafrul berkata, keputusan untuk membenarkan peralihan mengikut peringkat negeri diharap berupaya menjadi insentif dan galakan ke arah membasmi penularan pandemik Covid-19.

Menurut Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, negeri-negeri yang berasal kepada Fasa Kedua akan menyaksikan lebih banyak perniagaan dibenarkan untuk beroperasi.

"Kedai buku, kedai alat tulis, kedai komputer, khidmat mencuci kereta akan dibenarkan beroperasi. Kedai gunting rambut dan salun akan dibenarkan beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan asas.

"Pergerakan antara daerah dan antara negeri masih tidak dibenarkan, kecuali untuk guru dan pelajar yang terlibat dalam peperiksaan penting.

"Pasangan jarak jauh boleh melakukan perjalanan untuk kecemasan dan dengan kebenaran bertulis daripada polis.

"Pasar pagi dan pasar tani dibenarkan beroperasi untuk komoditi keperluan tertentu seperti makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan bahan makanan dengan SOP yang ketat tetapi pasar hujung minggu dan pasar tamu masih tidak dibenarkan.

"Kapasiti pekerja untuk industri penting akan meningkat kepada 80 peratus.

"Sukan dan rekreasi secara individu dan sukan tidak bersentuhan untuk tujuan kesihatan seperti berjoging, bersenam, tai chi, papan luncur, memanah, berkuda, golf dan permotoran yang dapat dilakukan dengan penjarakkan fizikal akan dibenarkan," kata Ismail Sabri.

Beliau berkata, butiran lanjut mengenai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat fasa PPN di mana Fasa Dua yang paling ketat. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain