suria

Malaysia catat 6,658 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan harian lebih 3,000!

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,658 kes baharu, pada Sabtu.

Ia menjadikan keseluruhan 772,607 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 66,958 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 6, 982, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,047 kes, diikuti Negeri Sembilan (699), Kuala Lumpur (616), Johor (414) dan Sarawak (361).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 107 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,434 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 5,677 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 700,215 kes.

"Sehingga kini, terdapat 892 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 443 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain