suria

Covid-19: Jangkitan baharu 6,982, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 6, 982 kes baharu positif Covid-19.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6,982 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 765, 949 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 66, 084 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 982 kes baharu yang dilaporkan, 6, 979 kes merupakan penularan tempatan dan baki tiga kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 7, 000! Jangkitan baharu 6, 988, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 907 kes, diikuti Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606), Johor (517) dan Sarawak (440).

Perlis pula merekodkan sifar kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 73 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 327 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 6, 278 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 694, 538 kes.

"Sehingga kini, terdapat 905 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 443 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain