suria

Ismail Sabri umum PKPD di 34 mukim di Selangor, 14 lokaliti di Kuala Lumpur

PKPD dilaksanakan di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur mulai 3 Julai. Gambar hiasan

DIKEMASKINI

KERAJAAN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari berkuatkuasa 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan pada petang Khamis.

Menurutnya, keputusan tersebut adalah berdasarkan perbincangan pelbagai agensi serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKm) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan trend jangkitan yang tinggi di kedua-dua negeri tersebut.

"Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK)," katanya.

Berikut adalah senarai mukim di Selangor yang terlibat:

Daerah Petaling

Mukim:

- Petaling

- Damansara

- Sg Buloh

- Bukit Raja

Daerah Hulu Langat

Mukim:

- Hulu Langat

- Ampang

- Cheras

- Kajang

- Semenyih

- Beranang

Daerah Sepang

Mukim:

- Dengkil

- Labu

- Sepang

Daerah Gombak

Mukim:

- Batu

- Rawang

- Setapak -

- Hulu kelang

- Kuang

Daerah Kuala Langat

Mukim:

- Tanjung 12 (1)

- Tanjung 12 (2)

- Teluk Panglima Garang

- Morib

- Bandar

- Jugra

- Batu

Daerah Klang

Mukim:

- Kapar

- Klang

Daerah Kuala Selangor

Mukim:

- Ijok

- Bestari Jaya

- Jeram

Daerah Hulu Selangor

Mukim:

- Serendah

- Rasa

- Ulu Yam

- Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:

- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak

- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda

- Flat Seksyen 2 Wangsa Maju

- Flat Seksyen 1 Wangsa Maju

- Kampung Padang Balang

- Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)

- Flat Sri Sabah

- Kampung Puah

- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas

- Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)

- Kampung Batu Muda

- Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi

- Bandar Baru Sentul

- Taman Ikan Emas

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain