suria

Percuma! Warga kota tak perlu bayar parkir bahu jalan di KL bermula esok

Annuar menerusi laman Twitternya berkata, parkir bahu jalan di Kuala Lumpur percuam bermula esok hingga 31 Ogos. Gambar hiasan

PEMANDU yang meletakkan kereta di bahu jalan sekitar Kuala Lumpur akan dikecualikan daripada membayar caj parkir, bermula esok (2 Julai) hingga 31 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter.

Ujar Annuar, inisiatif tersebut adalah bertujuan meringankan beban warga kota.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya bersetuju mulai esok sehingga 31 Ogos, semua tempat letak kereta bahu jalan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur adalah percuma.

"Pengguna tidak perlu bayar apa apa dan di harap penjimatan itu dapat digunakan utk membeli barang keperluan keluarga," tulisnya dalam laman tersebut pada Khamis.

Terdapat sekitar 46,100 tempat letak kereta di bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam reaksinya berkata, orang ramai bagaimanapun diminta menunggu perkara berkenaan diperincikan oleh kementerian. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain