suria

Hanya seorang dibenar keluar beli barang antara SOP PKPD di mukim-mukim Selangor, lokaliti W.Persekutuan

Kesemua laluan di kawasan PKPD akan ditutup. Gambar hiasan

SUSULAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kesemua laluan di kawasan yang berkenaan akan ditutup dan dikawal oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, penduduk di dalam kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing, kecuali diwakili seorang isi rumah untuk membeli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

Berikut antara prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan PKPD:

- Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/ kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

- Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja dibenarkan.

- Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

- Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

- Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

- Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

- Pasar borong dibenarkan beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.

- Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) dibenarkan beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

- Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.

- Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua orang sahaja termasuk pemandu.

- Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM

- Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

- Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

- Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

- Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

- Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premispremis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

- Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terdahulu memaklumkan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari berkuatkuasa 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain