suria

Ramai teruja! Penerima vaksin AstraZeneca dapat janji temu dos kedua

Ramai mula menerima tarikh janji temu dos kedua AstraZeneca. -gambar hiasan foto SHAARI CHEMAT/The Star

INDIVIDU yang telah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca boleh membuat semakan untuk janji temu bagi dos kedua menerusi aplikasi MySejahtera mereka.

Sejak awal pagi Jumaat, ramai berkongsi keterujaan mereka menerusi platform media sosial dan aplikasi sembang apabila mereka menerima tarikh janji temu.

Malahan, mereka turut menggesa orang lain agar membuat semakan pada aplikasi masing-masing.

Rata-rata mereka menggunakan tanda pagar (hashtag) #CucukMYAZ di laman sosial bagi memaklumkan semakan telah dibuat di aplikasi MySejahtera.

Segelintir rakyat Malaysia memberitahu mereka telah menerima janji temu untuk dos kedua, dan tiada sebarang notifikasi diterima dalam aplikasi MySejahtera.

"Lihat tweet anda sebentar tadi dan semak MySejahtera dan ada janji temu.

"Tidak ada notifikasi sama sekali. Terima kasih atas pemberitahuan," menurut ciapan Leopard Lady di laman Twitter.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Suet Mei pada Jumaat turut menyeru rakyat Malaysia untuk tidak lupa mengesahkan janji temu masing-masing.

"Janji temu untuk dos kedua vaksin AstraZeneca sudah ada. Jangan lupa untuk klik bagi mengesahkan janji temu anda #CucukMyAZ."

Pada Khamis, Malaysia menerima sejuta dos vaksin AstraZeneca yang merupakan sumbangan kerajaan Jepun, yang akan dihantar ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Sarawak, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin pada Khamis berkata, jarak masa dos bagi penerima vaksin AstraZeneca di negara ini akan dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain