suria

Malaysia catat 6,045 kes baharu Covid-19, 63 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,045 kes baharu, pada Ahad.

Ia menjadikan keseluruhan 778,652 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 67,669 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 6, 658 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan harian lebih 3, 000!

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,262 kes, diikuti Kuala Lumpur (616), Negeri Sembilan (531), Johor (500) dan Sarawak (365).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 63 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,497 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 5,271 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 705,486 kes.

"Sehingga kini, terdapat 917 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 443 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain