suria

Malaysia rekod 1,070 kes baharu Covid-19, 7 lagi kematian... Selangor catat jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,070 kes baharu, menjadikan keseluruhan 352,029 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,278 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 327 kes, diikuti Sarawak, 225 kes dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,349 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,295 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 1,294 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 336,456 kes.

"Sehingga kini, terdapat 180 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 89 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain