suria

SPRM tumpaskan sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion

SPRM menahan tujuh individu yang terlibat dalam sindiket kartel projek.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan sindiket 'kartel projek' yang dipercayai melibatkan projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion dengan penangkapan tujuh individu.

Ketujuh-tujuh mereka ditangkap pada malam Ahad (4 April), termasuk ketua sindiket yang berusia 47 tahun.

Kartel itu dilaporkan memonopoli sejumlah 345 tender yang melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan di seluruh negara.

Sindiket itu dikatakan telah beroperasi sejak tahun 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah RM1.64 juta lindungi pemandu lori, 32 pegawai JPJ antara 44 ditahan

Sumber berkata ketua sindiket itu mengawal lebih 150 syarikat yang digunakan untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.

"Dia mewujudkan syarikat yang berbeza dan menggajikan 'individu' sebagai pengarah syarikat tetapi hakikatnya dia memiliki syarikat itu sendiri. Tumpuan sindiket ini adalah pada projek penyelenggaraan kemudahan dan projek pembangunan," kata sumber itu.

Dipercayai sindiket juga menggunakan 'orang dalam' untuk memastikan syarikat-syarikat mereka dibenarkan memasuki tender dan memastikan mereka memperolehinya.

"Modus operasndi kartel ialah membayar rasuah kepada orang dalam untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan," kata sumber itu.

Ketujuh-tujuh mereka direman selama enam hari bermula 5 April setelah Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain