suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 cedera bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora

Keadaan bas yang terbaba di bahu jalan. - foto JBPM

SERAMAI 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas di Lebuhraya PLUS berhampiran Terowong Menora, dekat Ipoh, awal pagi Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 265 Lebuhraya PLUS arah selatan, kira-kira pukul 2 pagi Ahad.

Bas ekspres tersebut dalam perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur apabila pemandu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

"Mangsa terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan

"Kesemua mereka diberikan rawatan awal sebelum ambulans tiba di lokasi kejadian," tambah jurucakap. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain