suria

Malaysia rekod 1,638 kes baharu Covid-19, 3 lagi kematian... Perak catat jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,638 kes baharu, menjadikan keseluruhan 349,610 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,432 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Perak melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 494 kes, diikuti Selangor, 352 kes dan Sarawak sebanyak 290 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,294 jangkitan baharu, 5 lagi korban

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,286 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 1,449 kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 333,892 kes.

"Sehingga kini, terdapat 167 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain