suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: 1,294 jangkitan baharu, 5 lagi korban

Malaysia merekodkan 1,294 kes baharu positif Covid-19 pada Jumaat.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,294 kes baharu, menjadikan keseluruhan 347,972 kes setakat Jumaat.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,246 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,294 kes baharu yang dilaporkan, 1,268 kes merupakan penularan tempatan dan baki 26 kes adalah jangkitan luar negara.

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 455 kes, diikuti Sarawak (217) dan Pulau Pinang (139).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,283 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 1,442 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 332,443 kes.

"Sehingga kini, terdapat 168 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 78 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain