suria

“Cukup elegan dan masih berbisa...” - Tengku Permaisuri Selangor mencemar duli baca berita di RTM, ramai teruja lihat kemunculan pertama selepas 5 tahun

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan di slot Berita Perdana Khas, malam tadi.

KEMUNCULAN Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di kaca televisyen dalam slot berita di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), benar-benar membuatkan ramai yang teruja.

Baginda tampil mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas, pukul 8.00 malam tadi, sempena sambutan ulang tahun RTM ke-75.

ARTIKEL BERKAITAN: Norashikin Dikenali Dengan Sifat Ramah, Rendah Diri

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot terbabit bagi menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.

Ini adalah kemunculan kali pertama baginda di kaca televisyen selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor, lima tahun lalu.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah Klang.



Antara komen netizen selepas menonton kemunculan baginda di kaca televisyen.

Sungguhpun sudah lima tahun tidak muncul sebagai pembaca berita, namun aura serta penampilan baginda masih anggun dan dianggap 'legenda' dalam dunia penyiaran.

"Antara legenda dalam dunia penyiaran, berada di kelas tersendiri. Penampilan istimewa baginda cukup elegan dan masih berbisa.

"Antara penyampai berita 'legend' di RTM yang lama dan bertahan di RTM. Sejujurnya saya memang minat cara Tengku Permaisuri Selangor sewaktu baca berita dulu.

"Idola untuk semua pelapis," demikian antara komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain