suria

Covid-19: 1,178 jangkitan baharu, Sarawak catat kes harian tertinggi... 6 lagi korban

Malaysia merekodkan 1,178 kes baharu positif Covid-19.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,178 kes baharu, menjadikan keseluruhan 346,678 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,399 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,178 kes baharu yang dilaporkan, 1,158 kes merupakan penularan tempatan dan baki 20 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes baharu terus meningkat... 1,482 jangkitan Covid-19,7 lagi kematian

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 238 kes, diikuti Selangor (237) dan Pulau Pinang (190).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,278 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,377 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 331,001 kes.

"Sehingga kini, terdapat 163 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sarawak

Artikel Lain