suria

Kes baharu terus meningkat... 1,482 jangkitan Covid-19, 7 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,482 kes baharu, menjadikan keseluruhan 345,500 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,604 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 661 kes, diikuti Pulau Pinang, 200 kes dan Sarawak sebanyak 176 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Bertahan sehari, Malaysia kembali catat 4 angka kes baharu... 1,133 jangkitan, 5 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,272 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,070 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 329,624 kes.

"Sehingga kini, terdapat 164 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 81 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain