suria

Jangkitan baharu 1,268 kes, 2 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,268 kes baharu pada Rabu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,268 kes baharu, menjadikan keseluruhan 336,808 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,637 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,268 kes baharu yang dilaporkan, 1,263 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Pertambahan enam korban, 1,384 kes jangkitan baharu

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 490 kes, diikuti Sarawak (141) dan Johor (135).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,246 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,083 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 320,925 kes.

"Sehingga kini, terdapat 161 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 73 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain