suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen

Harga baharu berkuatkuasa bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.

HARGA bagi petrol RON97 meningkat tiga sen daripada RM2.47 kepada 2.50 seliter, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Sementara itu harga bagi petrol RON95 dan diesel masing-masing tidak berubah iaitu pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, berkuatkuasa bagi tempoh 25 hingga 31 Mac.

Kementerian berkata, bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran untuk kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian dalam kenyataan pada 24 Mac.

Penetapan harga runcit mingguan produk petroleum diperkenalkan semula pada Januari 2019, di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain