suria

Covid-19: Pertambahan enam korban, 1,384 kes jangkitan baharu

Malaysia merekodkan 1,384 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,384 kes baharu, menjadikan keseluruhan 335,540 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,454 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,384 kes baharu yang dilaporkan, 1,375 kes merupakan penularan tempatan dan baki sembilan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 1,116 kes baharu Covid-19,5 lagi kematian

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini, sebanyak 625 kes, diikuti Johor (161) dan Sarawak (140).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,244 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 1,058 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 319,842 kes.

"Sehingga kini, terdapat 148 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, korban, ICU

Artikel Lain