suria

Buaya sepanjang 2 meter ‘tersesat’ dalam kolam milik sebuah keluarga berjaya ditangkap

Anggota JPA dengan dibantu bomba berjaya menangkap seekor buaya yang tersesat dalam kolam milik sebuah keluarga di Keningau. Foto: The Star

SEEKOR buaya yang 'tersesat' dalam kolam di rumah sebuah keluarga di Keningau, Sabah, berjaya ditangkap.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dibantu oleh anggota bomba terpaksa bergelut sebelum akhirnya reptilia berkenaan berjaya ditumpaskan dalam tempoh masa kurang dari 10 minit.

Menurut seorang anggota APM, keluarga yang terdiri daripada tujuh beranak itu membuat panggilan pada pukul 1 tengah hari Isnin (22 Mac).

Keluarga itu memberitahu melihat buaya sepanjang dua meter dengan berat dianggarkan 100 kilogram 'tersesat' di dalam kolam di perkarangan rumah mereka di Kampung Titiku Pamalan.

Pasukan itu mengambil sedikit masa untuk mengenal pasti kedudukan buaya dan menilai risiko sebelum menangkap reptilia itu.

Buaya tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk dilepaskan ke habitat asal. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain