suria

Insiden SUKE: Mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan

Keadaan sekitar lokasi tragedi di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE. foto Sinar Harian

SUSULAN insiden di lokasi tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pada Isnin, mayat mangsa terakhir yang tersepit dalam kejadian di berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat awal pagi Rabu.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mu Tong Zheng berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.40 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, mayat mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pihak berkuasa sahkan 6 mangsa insiden kren jatuh di tapak pembinaan SUKE

ARTIKEL BERKAITAN: Kren pembinaan hempap kereta di Lebuhraya SUKE, 3 pekerja asing maut

Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan lima pekerja warga asing dan seorang pemandu kereta warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian komponen kren 'launcher' terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya.

Dua pekerja warga asing maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta itu pula cedera pada leher dan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz. - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain