suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Tular video anjing liar mati dipanah, aktivis haiwan gesa tindakan diambil terhadap pelaku

Video rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki membunuh anjing liar menggunakan busur panah.

GAMBAR dan video seekor anjing liar mati dipanah seorang lelaki di Alor Setar, Kedah menjadi viral di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) dalam satu kenyataan berkata, adalah tidak sewajarnya anjing-anjing liar ditangani dengan menggunakan senjata berbahaya.

Pertubuhan itu dalam masa yang sama menggesa pihak berkuasa mengesan lelaki berkenaan dan mengambil tindakan di atas perbuatan kejamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki... bangkai Cantik diletak dalam kotak - “Macam tulang ayam ditarik dagingnya”

"Isu haiwan liar yang berkeliaran harus ditangani oleh pihak berkuasa tempatan dan mengikut undang-undang yang ditetapkan," demikian menurut AAT dalam satu kenyataan.

AAT juga berkata pelaku boleh didakwa di bawah Akta Senjata 1960, Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau undang-undang lain yang bersesuaian.

Terdahulu tular gambar dan video rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan seorang lelaki membunuh anjing itu dengan menggunakan busur panah.

Kejadian tersebut berlaku di Lorong 3, Seberang Jalan Putra di Alor Setar, Kedah, dipercayai pada 11 Mac lalu.

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain