suria

Covid-19: Jangkitan baharu 1,354 kes, 4 lagi korban... 158 di ICU

Malaysia merekodkan 1,354 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,354 kes baharu, menjadikan keseluruhan 323,763 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 16,279 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,354 kes baharu yang dilaporkan, 1,340 kes merupakan penularan tempatan dan baki 14 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Jangkitan baharu 1,470 kes, bertambah 3 lagi korban

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 557 kes, diikuti Sarawak (178) dan Pulau Pinang (154).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,210 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 1,782 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 306,274 kes.

"Sehingga kini, terdapat 158 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 71 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain