suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden Pas terima suntikan vaksin Covid-19

Hadi menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering. Foto: FB Abdul Hadi Awang

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata beliau menerima suntikan itu di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu.

Hadi merupakan antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi dibenar keluar IJN

Dalam perkongsian yang sama, beliau menyeru orang ramai untuk mengambil suntikan sebagai langkah bagi mencegah kemudaratan.

"Para ulamak menyatakan satu kaedah fiqh, 'kemudaratan itu disingkirkan'. Sesuatu kemudharatan itu dihilangkan atau disingkirkan melalui pelbagai cara.

"Antaranya adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa. Oleh itu, pengambilan vaksin turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudaratan.

"Maka, vaksinasi ini turut bertepatan dengan kaedah fiqh yang disebutkan di atas. Insya-Allah, dengan adanya vaksin ini kita dapat mengurangkan jangkitan wabak penyakit Covid-19," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain