suria

Malaysia catat 2,468 kes positif Covid-19, 14 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,468 kes baharu, menjadikan keseluruhan 288,229 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 30,475 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 932 kes, diikuti Johor (428 kes) dan Perak sebanyak 308 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes menurun... 2,192 jangkitan baharu, enam angka korban

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 14 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,076 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 4,055 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 256,678 kes.

"Sehingga kini, terdapat 196 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 92 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain