suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 801 kes baharu Covid-19, lapan lagi kematian

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 801 kes baharu, menjadikan keseluruhan 29,441 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 10,123 kes.

Beliau berkata, daripada 801 kes baharu yang dilaporkan, 799 kes penularan tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes kembali 3 angka! 835 disahkan positif Covid-19,2 lagi korban direkodkan

Menurut Dr Noor Hisham, negeri Sabah mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 546 kes dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.



Butiran kes kematian akibat Covid-19 pada 28 Oktober 2020.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 573 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 19,072 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain