suria

Tiga sekolah di Dungun ditutup, pelajar positif Covid-19

Tiga sekolah di Dungun, Terengganu diarah tutup ekoran terdapat pelajar positif Covid-19. -gambar hiasan/foto Bernama

TERENGGANU pula menyaksikan tiga buah sekolah terpaksa ditutup berikutan terdapat kes positif Covid-19.

Tiga buah sekolah di daerah Dungun telah diarahkan tutup bermula Rabu, ekoran terdapat murid dan pelajarnya yang disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

"Sekolah Kebangsaan Kerteh 1 dan SMK Ketengah Jaya masing-masing diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini, manakala SMK Teja Putra pula diarahkan ditutup selama 14 hari.

"Ketiga-tiga sekolah ini diarahkan ditutup untuk disanitasi selepas terdapat pelajar yang positif Covid-19, ” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terengganu mencatatkan sebanyak 32 kes positif Covid-19 temasuk 11 kes baharu pada Rabu. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain