suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes kembali 3 angka! 835 disahkan positif Covid-19,2 lagi korban direkodkan

Malaysia catat 835 kes pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 835 kes baharu, menjadikan keseluruhan 28,640 kes setakat Selasa.

Daripada 835 kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import manakala selebihnya adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN:“Maklumkan tujuan dan buktinya” - Perlu ke balai polis, Ismail Sabri jawab SOP rentas negeri suami isteri tinggal berjauhan

Pada hari ini, Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 367 kes diikuti Kedah (136), Pulau Pinang (79), Selangor (70), Kuala Lumpur (5), Sarawak (5), Johor (5), Labuan (3), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 238 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan dua kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Perincian dua kes kematian pada Selasa.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 238 kes," ujarnya menerusi sidang media pada Selasa petang.

Sehingga hari ini, 674 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 18,449 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 89 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, dua kluster baharu turut diumumkan iaitu Kluster Lintas di Sabah dan Kluster Limbungan di Labuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain