suria

Dayang Topaz: 2 kru maut, 185 yang lain berjaya diselamatkan

184 kru sudah diselamatkan dan seorang lagi yang tercedera dihantar ke Hospital Miri dengan menaiki helikopter.

HARI yang duka apabila dua kru kapal Dayang Topaz disahkan meningal dunia menerusi kejadian yang berlaku pagi ini.

Kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Menerusi perkembangan semasa, 184 kru sudah diselamatkan dan seorang lagi yang cedera dihantar ke Hospital Miri dengan menaiki helikopter.

Menurut Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, lokasi itu menyaksikan ombak setinggi empat meter.

"Laut masih bergelora dengan gelombang 3.5 hingga 4 meter," kata Zubil.

Dalam pada itu, kerosakan pada platform dan kapal masih lagi sedang disiasat dan tiada tumpahan minyak berlaku di kawasan itu.

Zubil turut mengucapkan terima kasih kepada kapal-kapal yang turut serta membantu dalam operasi itu. - The Star.

Artikel Lain