Rekod baharu! 1,240 kes Covid-19 dicatatkan, warga asing berusia 27 tahun antara 7 korban di Sabah

Malaysia merekodkan 1,240 kes baharu dengan tujuh lagi korban pada Isnin. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 1,240 kes baharu, di mana ia merupakan ke harian tertinggi sejak permulaan pandemik, menjadikan keseluruhan 27,805 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 9,744 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,240 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan rakyat asing yang tiba dari Rusia dan Ukraine, dan baki selebihnya 1,238 kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan terbaharu Covid-19 turun kepada 823 kes, 8 lagi kematian direkodkan

Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 927 kes, diikuti Selangor (176), Pulau Pinang (61), Negeri Sembilan (25), Kuala Lumpur (17), Perak (8), Sarawak (7), Labuan (5), Johor (4), Terengganu (3), Kedah (3) dan Melaka (2).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 236 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 236 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 691 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 17,825 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 94 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di maa 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat tiga kluster baharu yang dilaporkan pada Isnin iaitu Kluster Kapor, Kluster Hampar dan Kluster Penjara Tapah.

Ringkasan kes kematian pada Isnin adalah seperti berikut:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain