Mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya berakhir, ahli Parlimen BN menuju ke PWTC pula

Ahli Parlimen Sembrong yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

MESYUARAT khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah berakhir.

Mesyuarat yang bermula sekitar pukul 11.30 pagi berakhir kira-kira pukul 2 petang tadi, namun tiada seorang pun menteri berhenti untuk memberi ulasan kepada pihak media.

Antara yang dilihat meninggalkan bangunan Perdana Putra adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Sadique.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar mesyuarat khas Kabinet akan diadakan pagi ini

Hishammuddin berkata dia menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menghadiri mesyuarat ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang ini.

Menyuarat khas pada pagi tadi itu dipercayai membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Terdahulu, Perdana Menteri juga telah bertemu dengan pemimpin BN dan Perikatan Nasional (PN). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain